Sunday, September 26, 2010

oRANG bARu


Lahir pada 18 Sept 2010, syukur Alhamdulilah, kelahiran yg kedua untuk tahun 2010 ini...

Monday, May 17, 2010


KHASIAT HEMPEDU BUMI

Nama Saintifik : Andrographis Paniculata

Pengenalan
. Hempedu Bumi merupakan satu tumbuhan herba yang tumbuh menegak. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 70-90 cm.
Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu Bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku seta mempunyai banyak dahan. Setiap buku mempunyai dua helai daun.
Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Kegunaan Dan Khasiat
1. Sebagai rawatan untuk mereka yang menghidap darah tinggi.
2. Sebagai rawatan untuk mereka yang menghidap kencing manis
3. Antiradang, antibakteria, antivirus dan melegakan demam dan dapat mencairkan kahak.
4. Menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mengatasi masalah sembelit
5. Merawat luka dan merawat kesan gigitan serangga (menghancurkan daun dan letakkan pada tempat luka atau tempat yang terkena gigitan serangga)

Cara Pengambilan/ penggunaan:
Ambil beberapa helai daunnya dan dibersihkan terlebih dahulu. Rendamkan ke dalam segelas air panas dan biar sehingga air panas menjadi suam. Selepas itu boleh la terus diminum dan perlu diamalkan sekali sehari sahaja.

Monday, May 10, 2010

Friday, April 16, 2010

PROSES PEMBUATAN HAY ( RUMPUT KERING) UNTUK TERNAKAN

Faedah rumput kering (Hay)

  • Menyediakan makanan yang berkualiti dan bahan kering yang terjamin kesediaanya
  • Boleh disimpan lama sekiranya disimpan ditempat yang sesuai
  • Senang diangkut dan digunakan.

Untuk membuat rumput kering yang berkualiti, rumput yang digunakan mestilah:-

  • Segar dan bebas dari rumpai

Di potong pada peringkat umur yang sesuai (sebelum berbunga)

  • Hendaklah dikeringkan (kandungan air 12-14 %) sama ada dijemur dengan panas matahari atau menggunakan mesin pengering.

Jadual Nilai Pemakanan Rumput Segar dan Silaj

Jenis Rumput

Jumlah Nutrien Terhadam

Protein Kasar (%)

Kehadaman Protein Kasar (%)

Rumput Napier Segar

53.3

8.7

60.5

Silaj Rumput Napier

52.8

7.2

41.0

Rumput Guinea Segar

50.8

9.0

51.7

Silaj Rumput Guinea

45.8

5.7

32.3

Purata bahan kering dan nilai analisis proksimat rumput kering yang disimpan untuk beberapa jangkat waktu

Jangka waktu penyimpan(bulan)

Bahan Kering %

Protein Kasar %

Gentian Kasar %

Lemak Kasar %

Jumlah Abu %

Ekstrak Tanpa 'N' %

2

79.18

10.26

31.41

1.42

6.56

41.05

4

74.45

10.48

34.85

1.16

9.08

43.93

6

90.57

11.36

37.91

1.17

3.35

41.21

8

90.57

10.56

35.01

0.97

8.01

45.45

10

89.34

11.03

36.53

0.96

7.33

44.15

12

87.34

9.20

33.08

1.02

7.01

49.69

Wednesday, March 3, 2010

KELAHIRAN ORANG BARU




Kelahiran orang baru...baru umur 3 minggu....baru nak belajar makan sendiri. nampaknya ibu sangat meyayangi anak-anaknya. Kali ini semua anak-anak arnab sihat dan nampak cergas.

Tuesday, January 12, 2010

arnab baka baru??




hanya seekor jer yang hidup dari 5 ekor anak yang dilahirkan induk dari baka english anggora... tak sangka pulak kacukan dari baka kampung menghasilkan arnab yang cantik( sorry, terpaksa puji arnab sendiri...hehehehe) .

Search This Blog

Followers

About Me

My photo
saya sukakan kehidupan yg ringkas, cukup ada kemudahan asas...tpt tinggal, makanan, kereta yg boleh berfungsi dgn baik suasana masyarakat yg harmoni....