Monday, April 2, 2012

Salam sejahtera...terlalu lama blog ini terbiar...kali ni nak cerita lari sikit dari tajuk...cerita melalui gambar...sila-silakan la yer menikmatinya...heheheh...
Dalam percubaan untuk menanam strawberi dalam rumah...letak la dekat tingkap ... cukuplah sekadar dapat melindungi cahaya terik..maklumlah orang kata pokok ni hanya sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi...alhamdulilah dan berbuah tapi buahnya tak la sebesar yang di Cameron Highland, mungkin faktor pembajaan juga memainkan peranan...

Tuesday, April 12, 2011

Arnab Mati


Kematian yang ke tiga untuk tahun 2011, sama seperti kematian yang yang lepas saya masih tidak dapat mengetahui punca utamanya. Baka Chinchilla(betul ke ejaan ni)yang paling saya sayang dan satu-satunya baka yang tinggal turut menyusuli kawan-kawan dia. Apa yang membuatkan saya terkilan sebab arnab betina ini sedang bunting dan hanya menunggu seminggu dua sahaja lagi untuk beranak. Nampaknya selepas ini saya terpaksa mencari baka yang sama sebagai pengganti sebab bagi saya baka ini terlalu cantik dan mempunyai saiz yang agak besar. Mungkin selepas ini saya kene berhati-hati agar hanya mendapatkan baka dari sumber yang terbaik.

Sunday, March 6, 2011

Doramectin (Dectomax)


Artikal ini saya copy-paste melalui 'Wikipedia - the free encyclopedia' semasa tengah pening memikirkan masalah arnab- arnab saya yang dijangkiti kurap dan kutu. Selama ini saya hanya guna rawatan menggunakan Ivermectin utk fungus dan parasit. Selepas ini mungkin saya akan selang-seli pengunaannya. Berikut adalah artikal berkenaan Doramectin......

Doramectin (Dectomax) is a veterinary drug approved by the Food and Drug Administration (FDA) for the treatment of parasites such as gastrointestinal roundworms, lungworms, eyeworms, grubs, sucking lice and mange mites in cattle.[1]

It is used for the treatment and control of internal parasitosis (gastrointestinal and pulmonary nematodes), ticks and mange (and other ectoparasites). Doramectin is a derivative of ivermectin. Its spectrum includes: Haemonchus spp., Ostertagia spp., Trichostrongylus spp., Cooperia spp., Oesophagostomum spp., Dyctiocaulus viviparus, Dermatobia hominis, Boophilus microplus, Psoroptes bovis, among many other internal and external parasites. It is available in 2 dosage forms: as an injection and as a 5 mg/ml topical solution.

Doramectin is also marketed in many Latin-American and some Asia and Africa countries as Doramec L.A. (manufactured by Agrovet Market Animal Health[2]) in an 1% Doramectin Long Acting Injectable Solution for cattle, sheep, swine[3] and others. Its oleous carrier confers to Doramec L.A. a slow and prolonged liberation, extending its action up to 42 days.

Doramectin is also available for horses[3] as an oral flavored bioadhesive gel under the name Doraquest L.A. Oral Gel.[4] It can be used to control and treat internal parasites as roundworms, lungworms and some external parasites.

Ohhhh...begitu rupanya...tak disebut pun penggunaan doramectin untuk binatang kecil seperti arnab atau kucing...tapi kenapa ada pihak yang melakukan rawatan terhadap arnab menggunakan bahan ini? Mungkin sebagai ujikaji sendiri? atau doramectin ini telah melalui tranformasi untuk penggunaannya terhadap semua jenis haiwan mengikut dos yang ditetapkan...ok ..takper..saya akan berusaha cari jawapan atas permasalahan ini...

Tuesday, March 1, 2011

BULU ARNABKU GUGUR

Masalah yg biasa dialami penternak arnab khususnya arnab2 hiasan.Kalau yang bela untuk pedaging tu tade la masalah sgt sebab ini berkaitan dengan kecantikan arnab tersebut. Ada beberapa penyebab masalah ini berlaku sama ada disebabkan penyakit, stress atau memang secara semulajadi kitaran hidup arnab tersebut.
Arnab biasanya bersalin bulu dua kali setahun.Proses tersebut berlangsung sepanjang hayat arnab tersebut. Arnab yang saya pelihara juga menghadapi masalah tersebut dan apa yang saya perlu buat adalah memerhatikan sama ada memang proses semulajadi atau ada penyakit lain dengan memeriksa tempat keguguran tersebut secara visual.
Sebenarnya ada beberapa faktor masalah tersebut yang perlu di beri perhatian antaranya;
1. Faktor pemakanan:Kandungan protin yang terlalu tinggi akan menyebabkan keguguran bulu yg kerap. Untuk arnab biasa kandungan protin 15%- 16% adalah memadai dan untuk arnab yang berbulu panjang seperti Angora memadailah sekitar 18% kandungan protin dalam makanan. Pemberian makanan juga hendaklah sentiasa konsisten. Jika kerap menukar jenama makanan/ pelet pastikan kandungan protin sama denga jenama yang diguna sebelum ini.

2. Disebabkan kutu dan juga kurap : Kurap dan kutu arnab boleh menjangkiti manusia. Kutu dari arnab boleh menyebabkan masalah pernafasan terutama kepada penghidap asma.

3. Barbering: Arnab yang lebih dominan akan mencabut bulu arnab yg tidak dominan. Arnab yg tidak dominan akan menyerahkan kepalanya untuk yang dominan mencabut bulu-bulu tersebut.Lama-lama boleh jadi botak kat bahagian belakang leher.cara mengatasinya adalah dengan mengasingkan arnab tersebut antara satu sama lain dan juga pemberian serat yang seimbang dalam pemakanan dapat membantu masalah tersebut.

4. Faktor stress: Perhatikan keadaan sekeliling arnab tersebut agar tidak bising, pencahayaan tidak berlebihan dan keadaan suhu sekitar hendaklan nyaman.

5. Ada lagi ker? Ada yang tertinggal ker? Kalau ada yg kurang boleh tambah...hehehehe

PARASIT DALAM TUBUH ARNAB

Kenali parasit dalam tubuh arnab...
Nematodes
Trichostrongylidae
- Cacing perut. Jangkitan terjadi apabila termakan telur cacing yang terdapat pada tumbuhan hijau dan sebagainya. Cacing akan hidup di dalam perut arnab. Penyebaran cacing ini biasanya tidak diiringi tanda apapun pada arnab. Bagi infeksi yang serius, arnab akan kehilangan berat badan yang ketara Rawatan adalah dengan pemberian secara oral Fenbendazole selama 5 hari.

Passalurus Ambiguus -Cacing kerawit. Biasaterdapat di sekum atau pencernaan besar. Penyebaran cacing ini biasanya tidak disertai dengan tanda-tanda pada arnab, walaupun pada jangkitan yang sudah parah. Penyembuhan: Piperazine dalam makanan atau minumannya; febendazole sebanyak 50 ml dalam makanan/ minuman selama 5 hari. Cacing ini tersebar melalui makanan dan minuman. Spora cacing tersebar melalui urin dan dapat hidup berbulan-bulan walaupun di tempat yang kering Cacing ini tidak menular ke manusia.

Taenia Pisiformis, Taenia Cerialis, Cittotaenia Variabilis -Cacing pita. Cacing ini berada di pencernaan kecil, liver dan sambungan otot. Tanda-tandanya kehilangan nafsu makan, lesu ,membesarnya perut dan pembengkakan di bawah kulit. Cacing pita menular melalui makanan . Anjing juga adalah pembawa utama jangkitan cacing pita ini kepada arnab, contohnya melalui pemberian rumput yang telah dicemari oleh anjing.

Protozoa
Eimeria Stiedae
-(Juga dikenal sebagai Monocystis stiedae , Coccidium oviforme, dan Coccidium cuniculi). Penyakit ini menyerang hati.Simtom: Kehilangan nafsu makan, bulu yang kasar, kehilangan berat badan, pembesaran pada perut, lesu, sukar bernafas dan diare. Parasit ini menyerang hati dan menyumbat saluran hempedu tetapi tidak merosakkan sistem pencernaan. Jika jangkitan terhadap anak arnab akan menyebabkan kematian.Amalan kebersihan kandang akan dapat menghalang jangkitan penyakit ini.

Eimeria Irresidua, E. Magna, E. Media, E. Perforans -Parasit ini menyerang saluran usus. Tanda awal adalah kurang selera makan dan kehilangan berat badan.Tahap serius adalah cirit-beret dengan adanya lendir dan darah.

Toxoplasma Gondii (Synonym: T. Cuniculi) -Jarang terdapat pada arnab, namun terjadi jika hidup bersama kucing. Penularannya melalui najis dan kencing kucing. Parasit berada di otak, getah bening, limpa, hati, ginjal, paru-paru, jantung dan mata. Gejala akut biasanya ditemukan di kelinci muda. Kehilangan nafsu makan tiba-tiba, demam tinggi dan bernafas cepat. Arnab akan mengeluarkan cairan pada saluran pernapasan. Menjadi lesu dan kekejangan diikuti dengan kelumpuhan dan kematian setelah 2 hingga 8 hari dijangkiti. Penyakit ini boleh menular kepada manusia. Amalan kebersihan kandang adalah salah satu cara untuk mencegah penyakit ini.

Thursday, February 24, 2011

Lamanya tak UpDate


Tiba2 malam ni teringat pula nak jengok2 blog sendiri...maklumlah selama ni asyik seronok baca blog orang. Lamanya tak update blog...Oklah, nak citer tentang apa yg terjadi malam ini. Balik dari jumpa kawan lama dalam pukul 11 malam, teringat pulak kandang arnab yang belum dicuci. Memang rutin setiap hari balik dari keje saya akan bersihkan kandang dan beri makan minum arnab sekali. Cuma hari ini sebab sampai rumah pun lewat nak dekat pukul 7, maklumlah hujan sekitar kl ni paham2 jelah..jalan sesak.tengah siap-siap nak solat maghrib kawan lama dari sungai petani sampai ajak jumpa lepas maghrib jadinya kene tangguh dulu kerja-kerja selengaraan rutin tu...heheheh...Ok la panjang pulak nak citer. Straight to the point.Saya nak citer tentang salah seekor arnab saya yang menghadapi masalah pertumbuhan gigi tidak sama ataupun tidak dalam keadaan sempurna yg dikenali sebagai "MALOOCLUSION". Patut la selama ini arnab yang seekor ni air liur dan sisa makanan terlekat pada dagu, bibir dan juga kaki hadapan. dan kadang2 dia akan mendongakkan mukanya apabila hendak mengunyah makanan. Saya tidak menyedari langsung masalah ini walaupun dah 4 bulan saya memelihara arnab tersebut. Entah kenapa malam ini saya terpikir untuk memeriksa arnab tersebut. Kesian saya melihatnya ..rupa2nya selama ini dia menanggung kesakitan dan kesukaran untuk makan. Bulu bahagian bawah leher bergumpal, lembab dan mengeluarkan bau tidak menyenangkan. Lantas saya mengambil tindakan segera. Bulu tersebut saya buang dengan menggunakan gunting dan didapati bahagian tersebut telah dijangkiti fungus. Gigi arnab yang panjang tersebut saya potong dengan menggunakan plier(playar)dan semasa keje memotong tersebut dijalankan arnab tersebut duduk diam dan tidak meronta..Seolah-olah paham yg sakit yg dideritai selama ini akan hilang selepas rawatan tersebut. Bahagian yang dijangkiti fungus tersebut saya rawat dengan semburan 'Fungus Killer'.
Apa yang saya dapat pelajari dari pengalaman ini ialah pentingnya kita bersikap peka dan sensitif terhadap binatang peliharaan kita. Selalu memeriksa tahap kesihatan dan keadaan binatang peliharaan kita. Jika binatang peliharaan kita menunjukan kelainan dari biasa, segera siasat apakah sebabnya. Kita seharusnya bertanggungjawap kepada haiwan peliharaan kita bukan sahaja dari segi makan minum tapi meliputi semua perkara seperti kesihatan, keselesaan, kasih sayang dan sebagainya.Ok lah..cukup sampai setakat ini.. jumpa lagi untuk artikal akan datang...Asalamualaikum w.b.t..

Sunday, September 26, 2010

oRANG bARu


Lahir pada 18 Sept 2010, syukur Alhamdulilah, kelahiran yg kedua untuk tahun 2010 ini...

Search This Blog

Followers

About Me

My photo
saya sukakan kehidupan yg ringkas, cukup ada kemudahan asas...tpt tinggal, makanan, kereta yg boleh berfungsi dgn baik suasana masyarakat yg harmoni....