Monday, May 17, 2010


KHASIAT HEMPEDU BUMI

Nama Saintifik : Andrographis Paniculata

Pengenalan
. Hempedu Bumi merupakan satu tumbuhan herba yang tumbuh menegak. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 70-90 cm.
Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu Bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku seta mempunyai banyak dahan. Setiap buku mempunyai dua helai daun.
Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Kegunaan Dan Khasiat
1. Sebagai rawatan untuk mereka yang menghidap darah tinggi.
2. Sebagai rawatan untuk mereka yang menghidap kencing manis
3. Antiradang, antibakteria, antivirus dan melegakan demam dan dapat mencairkan kahak.
4. Menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mengatasi masalah sembelit
5. Merawat luka dan merawat kesan gigitan serangga (menghancurkan daun dan letakkan pada tempat luka atau tempat yang terkena gigitan serangga)

Cara Pengambilan/ penggunaan:
Ambil beberapa helai daunnya dan dibersihkan terlebih dahulu. Rendamkan ke dalam segelas air panas dan biar sehingga air panas menjadi suam. Selepas itu boleh la terus diminum dan perlu diamalkan sekali sehari sahaja.

Monday, May 10, 2010

Search This Blog

Followers

About Me

My photo
saya sukakan kehidupan yg ringkas, cukup ada kemudahan asas...tpt tinggal, makanan, kereta yg boleh berfungsi dgn baik suasana masyarakat yg harmoni....